BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 24 April 2011

NOMO GAZ



Kategori : HOMEOPATI
Nomo Gaz
Isi : 30 tablet
Tempoh guna : 30 hari
Harga : RM27.50
Kesesuaian : Merawat penyakit gastritis, sakit dalam perut, perut membakar, panas hulu hati dan kembung

Pendahuluan
Oleh kerana diet orang Malaysia yang lazimnya terdiri daripada makanan berperencah mengandungi rempah-rempahan yang pedas, jeruk, asam dan lain-lain, maka mereka terdedah kepada pelbagai masalah yang berkait dengan sistem pencernaan. Makanan tersebut jika diambil secara sederhana, bukan sahaja dibolehkan, malah digalakkan kerana banyak penyelidikan mutakhir menunjukkan pengambilan makanan berempah dan bercili adalah baik untuk mencegah kanser.

Antara masalah yang mudah timbul akibat pengambilan makanan itu tadi secara berlebihan, ialah gangguan gaster. Bagi mereka yang mengidap gastritis, antara tanda awalnya ialah tanda sakit di dalam perut (gaster). Sakit ini digelar gastralgia. Sakitnya jenis berdenyut, dan kadangkala dengan rasa panas membakar di dalam perut.

Terdapat juga kes-kes di mana seseorang itu menghidap gastritis akan tetapi tidak terasa sakit.

Gastritis boleh dikelaskan secara mudah kepada dua;
* Gastritis akut dan
* Gastritis kronik.

Antara simptom gastritis akut ialah rasa tidak enak dalam perut, abdomen kembung, sakit kepala, mual, loya, lidah berselaput dan rasa tak sedap pada lidah. Keadaan yang lebih teruk menimbulkan demam, muntah dan kadangkala berdarah perut.

Gastritis kronik pula boleh melahirkan simptom-simptom seperti rasa tak sedap dalam mulut, lidah berselaput, nafas busuk, sendawa lepas makan, jeluak makanan atau cecair lepas makan, rasa lembut atas perut, loya dan letih lesu fikiran dan tubuh. Gangguan ini boleh berlaku akibat salah makan, makan terlalu banyak makanan berminyak atau makanan yang digoreng, lebih makan, makan cepat, minum terlampau banyak air sewaktu makan, minuman sejuk, makan tidak menurut jadual, perencah mengandungi rempah, lada dan cili dalam makanan, hisap rokok atau minuman keras atau makan sedang dalam keadaan bimbang atau terlalu letih. Dinding perut mungkin menipis sehingga merosakkan kelenjar yang mengeluarkan asid hidroklorik dan pepsin, iaitu juzuk aktif dalam jus gaster.

Gastritis biasanya tidak begitu rumit untuk dirawati. Akan tetapi jika keadaan itu terbiar begitu lama atau pesakit tidak mendapat rawatan dengan sempurna ataupun mendapat rawatan supresif (menekan), timbul dalam keadaan teruk ialah di mana mukus (lendir) keluar dengan banyak, lekang sel-sel mukus epitelium, dinding perut mengeras, menanah atau tumbuh polipus. Keadaan ini lebih teruk apabila tumbuh ulser di dinding perut, atau terjadi atrofi (tisu menjadi rosak dan mati) yang kemudiannya boleh pula mengakibatkan musnah kelenjar peptik atau mungkin hingga terbentuk kanser jenis karsinoma.

Setelah berbelas tahun merawat kes-kes gastritis, maka Prof. Dr. Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan ubat yang diberi nama NOMO GAZ untuk mengatasi masalah gaster. Menurut pengalaman, masalah gaster yang ringan akan sembuh apabila diguna ubat ini. Namun demikian, jika sekiranya masalah gaster masih terdapat setelah pesakit menggunakannya, maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Prof. Dr. Azizan sendiri, agar dapat beliau usahakan remedi lain yang lebih sesuai dan tepat dengan kes berkenaan.

Pantang Larang
Sementara sedang berubat, elakkan minum kopi, makanan pedas dan masam, rempah-rempahan, masakan kari, cili, sambal, air bergas, makanan berminyak atau digoreng. Apabila sudah sembuh, bolehlah dimakan perkara-perkara itu dengan sangat sederhana. Amalan yang digalakkan Minum air rebusan barli yang ditambah sedikit gula merah bagi menggantikan kopi dan teh. Amalkan minum segelas air suam sebelum masuk tidur. Buah betik sangat baik dimakan setiap hari. Cara menyimpan Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau atau dalam almari.

Nasihat tambahan
Jikalau masalah gaster yang anda hadapi itu sangat serius, anda dinasihatkan mendapat rawatan lanjut daripada pihak klinik PPHB Sdn. Bhd. Jika anda gunakan NOMO GAZ tetapi tidak nampak ia memberi kesan nyata, mungkin anda menghadapi masalah lain yang di luar keupayaan NOMO GAZ. Untuk itu, anda dinasihatkan menghubungi terus Klinik Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail (PPHB Sdn. Bhd.)