BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 24 April 2011

NOMO FET



Kategori : HOMEOPATI
Nomo Fet
Isi : 60 tablet
Tempoh guna : 2 bulan
Harga : RM48.00
Kesesuaian : Orang yang memiliki badan yang gempal dan gemuk

Gemuk bentuk badan epal (android obesity pattern)
•Jenis ini dikenali sebagai kegemukan kawasan perut. Kandungan lemak di sekitar organ boleh menyebabkan pelbagai kelainan metabolik seperti gangguan toleransi glukosa, diabetes, kadar kolesterol dan trigliserida meningkat serta hipertensi.

Gemuk berbentuk pear (gynoid obesity pattern)
•Jenis ini dikenali sebagai kegemukan di kawasan pinggul dan peha. Umumnya berlaku di kalangan wanita.

Faktor yang menyebabkan kegemukan
a)Kesihatan
Hipotiroidisme - kegiatan kelenjar tiroid yang kurang daripada normal.Sindrom Cushing -jumlah hormon kortikoteroid berlebihan di dalam tubuh. Memberi simptom seperti pertambahan berat badan, kemerahan muka dan leher, tumbuh bulu pada tubuh dan kadangkala gangguan mental. Hipotalamik - membabitkan kawasan pada otak depan di lantai ventrikel kedua yang mengandungi beberapa pusat penting mengawal suhu badan, dahaga, kelaparan dan pemakanan, imbangan air dan fungsi seksual.

b)Keturunan/ Genetik
Mempunyai gen yang sama dan tabiat pemakanan serta gaya hidup yang sama menyumbang kepada masalah kegemukan.

c)Faktor persekitaran
Umpamanya kewangan dan kemudahan mendapatkan makanan manis serta makanan ringan memberi kesan kepada corak pengambilan makanan.

d)Kemurungan/ kegembiraan
Kebanyakan orang makan berlebihan bagi mengatasi masalah emosi, tidak kira negatif atau positif seperti marah atau sedih.

e)Penggunaan tenaga
Orang yang gemuk biasanya menggunakan banyak tenaga apabila melakukan kegiatan fizikal kerana mereka mempunyai jisim yang lebih besar untuk bergerak. Oleh itu, orang gemuk kebanyakan menghadkan pergerakan dan aktiviti fizikal mereka.

f)Pemakanan
Tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang akibat perubahan gaya hidup. Makan mengikut selera tanpa mengambil kira jumlah kalori yang disyorkan untuk tubuh.

g)Selepas melahirkan anak
Tabiat "suka mengunyah" sewaktu mengandung adalah normal kerana is merupakan isyarat tubuh untuk memberitahu kalori yang diperlukannya. Makan untuk dua tidak bermakna makan dalam jumlah yang berganda. Keperluan kalori adalah tidak sama dengan keperluan zat pemakanan yang diperlukan tubuh. Salah faham konsep pemakanan mengakibatkan berlakunya kenaikan berat badan yang berlebihan, pengumpulan lemak-lemak dan terjadinya selulit. Tabiat suka makan sukar dikikis selepas melahirkan anak dan kurang bersenam menjadikan tubuh tidak dapat kembali ke bentuk asal.

h)Pengambilan ubat yang mengandungi steroid disebabkan penyakit tertentu.

Risiko Kegemukan
1.Purata Umur
- Lelaki gemuk lebih berisiko untuk mati awal berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan normal, sedangkan wanita gemuk 61% lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai berat badan normal.

2.Kencing manis (diabetes mellitus)
- Hampir 80% orang gemuk menghidap penyakit kencing manis .

3.Penyakit tekanan darah tinggi
- Penelitian terhadap 74,000 responden di Amerika menunjukkan terdapat hubungan antara pertambahan berat badan dengan tekanan darah tinggi. Penurunan berat badan 2 kg akan menurunkan tekanan darah sistolik 2.5 mm Hg dan tekanan diastolik 1.5 mm Hg.

4.Penyakit Jantung
- Hampir 70% orang yang dikesan menghidapi penyakit jantung mempunyai hubungan dengan kegemukan. Kajian membuktikan bahawa orang gemuk lebih mudah terkena penyakit jantung dibandingkan dengan mereka yang memiliki berat badan ideal. Jenis penyakit jantung yang sering terjadi ialah aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Pada orang gemuk fungsi jantung akan bertambah, semakin membesar dan menjadi lemah. Apabila berat badan menurun, keadaan jantung akan kembali normal.

5.Barah
- Hampir separuh kes barah di kesan menyerang wanita gemuk seperti barah rahim, usus dan payudara.

6.Kemandulan

7.Keputihan

8.Respiratori
- Apnea tidur (nafas terhenti sementara tanpa sebab) dikaitkan dengan kegemukan.

9.Penyakit kulit di lipatan paha dan payudara

10.Keracunan Kehamilan

11.Gangguan pernafasan

12.Rheumatisme

13.Vena Varikos (timbul urat)

14.Hernia (penonjolan organ atau tisu di luar kaviti tubuh)

15.Batu hempedu

Kesan kegunaan NOMO FET
•Bagi orang konstitusi hidrogenoid (gemuk air) air dikeluarkan melalui saluran biasa; kencing, cirit dan peluh.
•Bagi orang konstitusi lipogenoid (gemuk lemak). Lemak dipecahkan dan keluar dalam bentuk minyak dan lendir, melalui saluran biasa; liang peluh, kerongkong, hidung, dubur. Kelihatan najis yang dikumuh itu berminyak.
•Tidak mengandungi laksatif pencahar atau anoreksik (pengongkong selera).

Kemungkinan kesan mudarat ringan
•Keluar cecair (air/lemak) dari tubuh.
•Tumbuh ruam bagi mereka yang pernah menghidap sakit kulit yang telah
•"suppressed". Selepas itu is sendiri akan membersihkan kulit itu.

Cara makan :
Untuk mengatasi kegemukan disaran guna NOMO FET bersama BIOFIBER. Gunakan setiap hari mengikut aturan pada kotak.